Tuesday, February 10, 2015

Surat untuk mak.


Untuk seorang ainaa syahirah, dia hanya ada satu ketakutan, dan ketakutan itu telah pun berlaku. Kehilangan mak sungguh adalah sebesar besar peristiwa dalam diarinya. Terasa belum puas lagi membahagiakan mak, angan angan membawa mak berjalan keliling dunia tinggal mimpi.


Singkatnya.

Tapi, sungguh Tuhan telah memberi tujuh bulan yang sangat berharga disamping mak. Senyum senyum terakhir mak masih sangat jelas, walau dalam sakit, mak beri sebuah hadiah berupa bekalan sepanjang hayat; untuk hari hari selepas ini yang bakal penuh payah laluilah dengan senyum. Mak tak akan selalu ada untuk akak curahkan segala, tapi Tuhan tidak akan mati.

Rasanya, itulah sedekat dekat qudwah.
Mak tak pernah sekolah agama.
Mak tak pandai cakap arab.
Tapi semua yang mak buat cukup sempurna.

InsyaAllah.
Nanti kita jumpa lagi ya mak.
Akak akan berusaha supaya kita boleh duduk lagi sama sama, selamanya.


No one can break the broken.




1 comment:

Unknown said...

Berusaha utk hidup di sana bersama sama selamanya :)