Saturday, February 14, 2015

Ke hospital, untuk lebih bersyukur



Kebetulan, malam ini terbuka tv9. Sangat bes telemovie Sirat Al-Mustaqim. Biasanya, saya jenis susah nak layan filem islamik ana enta. Tapi kali ini, penulis skrip dia memang berjaya mencuri hati, atau yang sebenarnya cerita dia kena dengan situasi beberapa minggu ini. Ah entahlah, apa pun ana enta itu tidak penting, yang penting isinya.

Nama watak utama Adam Muhammad. Koma selepas jatuh ke dalam laut. Ibunya nama Maryam, lepas sahaja dapat tahu, dia rasa kecewa dengan maknya yang mengizinkan Adam ke tengah laut walau dilarang Maryam. Maryam fobia kerana arwah suaminya juga meninggal di laut.

Di hospital, katil bersebelahan Adam adalah seorang kanak kanak perempuan bernama Izzati barah otak stage 4 dan baru kehilangan kedua ibubapanya, kemalangan dalam perjalanan pulang dari hospital. Rasa macam terlebih dramatik pula, tapi saya yakin dalam hidup, memang ada yang perjalananya sangat dramatik sesuai tahap hati masing-masing. Maryam yang jatuh kasihan melihat Izzati, selalu bersembang dengannya, to her surprised rupanya Izzati seorang penghafal Al-Quran! Setiap kali Maryam bercakap sesuatu, Izzati akan membalasnya dengan nombor surah dan nombor ayat. Besnya! :)

***

Walaupun ianya cuma cerita dongeng. Scene-scene dia, sangat..ah entahlah! Memag kalau kita selalu ke hospital, memang rasa macam semut sangat. Ramainya orang-orang yang kurang bernasib baik. Tak tegar rasa hati berlama-lama kat sana. Macam masa tu, semasa ke tingkat paling bawah untuk memandi jenazah mak, tiba-tiba datang seorang perempuan sedang menangis dan lelaki menyorong cubicle bayi ke tempat yang sama. Subhanallah! Lagi kuat ujian buat dia! Sembilan bulan mengusung ke sana sini, tiba-tiba meninggal tak sampai beberapa jam dilahirkan. Pedih ulu hati.

Semasa mak di wad, juga ada seorang perempuan lingkungan 60-an  betul-betul sebelah katil mak. Keadaan dia sangat kritikal. Saya tak tahu apa sakitnya sebab tiada pula nampak mana-mana waris untuk bertanya. Sedihnya bila teringat, wayar berselirat, ada beg membuang air, dan satu beg lagi saya tak tahu apa, mata kanan kirinya tidak bergerak sekali. :(

Hospital memang tempat terbaik untuk muhasabah. Di situ kita boleh lihat semuanya. Kasih sayang, pengorbanan, harapan, kekuatan, senyuman paling ikhlas, tawakkal. Kemudian bandingkan pula dengan diri sendiri, kita akan tahu kesedihan kita selama ini, airmatanya sesuci apakah? Keserabutan kita tentang hal remeh temeh, bayangkan ketika di hadapan Tuhan nanti, di mana mahu meletak muka?

***

Dah lama teringin nak pergi Mekah Madinah. Ingatkan nak pergi bulan satu ni dengan mak abah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik ketetapan. Mungkin Tuhan simpankan sesuatu yang lebih cantik di masa yang lain, siapa tahu.

All in all, apapun Tuhan itu selalu mahukan kebaikan untuk kita.
Hidup ini terlalu singkat kawan, untuk berlawak yang bukan-bukan selalu.

Fafirrru.




No comments: