Saturday, April 25, 2015

Kejutan demi kejutan



Siapa yang tidak mahu, sebuah kehidupan yang biasa, sederhana, simpel, dan normal. Itu harapan semua orang, mengharapkan perjalanan lemah lembut meraikan kita, mengharapkan bunga-bunga berguguran mengiringi langkah ataupun pelangi berhampar di hujung penat. 

Tapi, tidak semua rindu akan bersapa.
Tidak semua air mata akan menjadi sungai tempat kita melepas dahaga.
Tidak semua gelak tawa berakhir mati yang dimudahkan.
Tidak semua pahit membuahkan manis.
Tidak semua misteri akan berjumpa perleraian.
Ada yang kekal begitu sampai bila-bila.




No comments: