Tuhan tahu.
Sebesar apakah yang selayaknya.
Bukankah semua itu telah selamat ditinggalkan jauh di belakang?
Tapi hati yang selalu bergerak mundur ini tidak tahu meninggalkan barang lama.
Kalaulah rindu ini boleh bertemu.
Dia memutar jamnya kebelakang. Menjadi penonton wayangnya sendiri.
Akukah itu. Di sudut itu terhenyak setiba di bilik rawatan. Tidak berani berhadapan, bimbang memusnahkan semangat orang bertarung. Akukah itu yang sekuat hati menghantar secebis senyuman dalam juraian air mata yang seperti tengkujuh.
Sekurang kurangnya ia telah berlalu.
Sekurangnya?
...
Tapi memang pun, kadang-kadang kita tidak punya banyak pilihan.
Dua yang sakit. Sama ada dia yang berterusan sakit. Atau kita. Lebih baiklah kita, bukan? Biarlah dia 'sembuh' sebetul sembuhan. Tidak perlu lagi temujanji berkali kali. Tidak perlu lagi menelan herba herba hutan. Tidak perlu lagi menahan sakit sesak nafas. Tidak perlu lagi jalan bertongkat. Tidak perlu lagi penat menderita.
Kalaulah boleh dihilangkan sedikit memori. Kalaulah..
Dia memerlukan sebuah rumah pokok.Tidur, tidur dan tidur, menghiraukan pagi yang menawarkan cerita baru. Sedikitpun, dia tidak hairan dengan matahari. Dia cuma mahu bulan, malam, dan gelap.
Bukankah semua akan pergi?
Dan mati, penawar semua kesedihan.
*Hm. Pesimis betul bunyinya. Nangis bawah selimut.*
*Hm. Pesimis betul bunyinya. Nangis bawah selimut.*
1 comment:
Selamat nangis!
Post a Comment