Thursday, July 30, 2015

Bagaimana melukis kesedihan?


Kenapa kesedihan terlalu sukar dilukiskan?
Seperti hari ini, bila seseorang mahu pergi, seharian terasa seperti batuan. Keras dan kaku dan rasa pelik. Satu dua menegur, doktor, kenapa nampak tak larat je harini. Padahal sihat walafiat je.

Tak suka perasaan ditinggalkan. Tak tahu nak expreskan perasaan begini. Rasa macam overfeel sampai terpaksa shut down dan memplastikkan muka. 

Bagaimana melukis kesedihan agar kelihatan cantik?
Kali ini tidak seteruk yang dulu, yang ini cuma 1/10 hati sahaja yang terbang. Masih berbaki entah berapa agaknya. Berapa ramai lagi yang bakal pergi sebelum kita sendiri pergi?

Ah. Boleh tak, kalau nak pergi awal, jangan jadi baik. Tengok apa dah jadi pada orang orang seperti saya ini yang selalu tertinggalkan, kemalangan jiwa sedang berlaku. Hampir hampir menitik air mata mendengar kata kata akhirnya, melihat terus ke matanya yang juga digenangi air. 

Berbanding rasa bahagia yang mudah dikongsikan, kesedihan tidak mengambil jalan yang sama. Dia lebih suka bersembunyi dan berlindung, dengan kata yang tiba tiba tak serancak hari hari biasa dan muka yang membeku. Seperti muka seseorang yang sedang menyimpan dendam. Bukan begitu, bukan berdendam, malahan sayang yang amat dan dia cuma sedang membenci proses perpisahan yang sedang dia jalani di dalam hati.

Kadang kadang jadi tidak tahu, adakah betul betul sayang, atau mereka yang betul betul baik, atau sebenarnya kita biasa biasa sahaja dan normalnya berlaku di mana mana. Mungkin saya yang over attached? Susah hati jadinya bila kita rasa terhutang budi, tapi tahu satu hari nanti kita tak dapat pun membalas jasa mereka setimpalnya. Kita hanya akan datang di hari terakhir dan bersapa buat kali terakhir dengan sekadar sebuah ucapan selamat tinggal. Sedihnya!

Saya pesan sekali lagi, kalau mahu pergi, jangan buat baik. Saya akan sangat sangat sangat sedih.

Berapa banyak lagi episod kemalangan jiwa di hadapan.
Berapa banyak lagi luka.
Koyak rabak, bila mahu bertampal sempurna entah.

Bagaimana orang orang melukis kesedihannya? 

No comments: