Sunday, September 27, 2015
Huruf yang merajuk.
A phase when I can't write. Terasa seperti kehilangan diri sendiri. Sebulan tak menulis adalah sesuatu yang merungsingkan, sebab rasa macam banyak perkara berlegar dalam ruang otak tapi tak dapat nak dialir turunkan dengan baik. Mungkinlah huruf huruf sedang merajuk, mungkin juga sedang beralih fasa, mungkin juga sememangnya tak pandai menulis isi hati.
Anehnya, kenapa zaman belajar dulu, ilhamnya mencurah-curah. Sesibuk mana pun, sepenat mana pun, mesti berjaya dituangkan. Sampai kadang, dah nak tidur pun boleh bangun semula buka laptop demi huruf huruf yang sedang mengganas, menyepak terajang nak keluar. Saya rasa, itu adalah saya yang original. Saya yang sekarang, seperti bukan seorang saya. Kalau ditanya saya yang versi mana yang saya lebih suka, mestilah saya lebih suka saya yang dulu.
Entah apa yang berbeza.
Tapi, tapi, ah biarlah, biarlah huruf huruf tak tersambungkan tersebut berjalan ke langit dahulu. Biarlah Tuhan yang anyamkan, Dia yang lebih tahu apa yang cantik untuk hamba hamba Dia. Terasa juga kepenatannya, kepenatan menahan rasa dari menjelma, tapi hidup, bukan cuma ada kita dan perasaan perasaan kita. Kita ada insan insan di sekeliling yang juga punya seribu satu rasa. Jadi saya fikir, adalah terlalu mementingkan diri jika hanya mengambil kira perasaan sendiri.
Rasa-rasa patah, rasa rasa lompong, rasa rasa hampa, rasa rasa tak mampu, rasa rasa tiada lagi jalan di hadapan, semuanya, semuanya adalah biasa, biasa dalam erti kata, telah berjuta manusia melaluinya. Yang saya perlukan sebenarnya adalah sebutir iman yang waras, hati yang sedikit keras dan terbuka, niat yang bersih, serta doa yang tulus. Yang lain-lain biarlah dikembalikan dan diserah pada Tuhan.
Tentang keimanan. Iman yang terkait dengan ujian, perasaan dan harapan, hmm sulitnya mengendali. Cuma kadang-kadang, bila diperhatikan dekat-dekat, memang, bila sudah hilang arah, hilang ikhtiar, tidak nampak jalan, habis usaha, habis segala galanya, habis fikir mahu buat bagaimana, saat itu, sesudah saat itu, Tuhan membuka jalannya yang misteri.
Jadi, hmm sebenarnya, tunggang terbalik pun hidup, badai petir pun, hati akan selalu pandai pulang kepada fitrahnya. Cuma, kita lah, dengar tak dengar, layan tak layan.
Phe-wh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment