Sunday, August 30, 2015

Di fasa fasa; hmm



Akhirnya.
Hati pun pandai mengalah. Dan kita di fasa fasa; hmm, baiklah, ikut sukalah, apa nak jadi, silakan sahaja lah. Bukan setakat mengalah, tapi dah pandai malas untuk terlalu berfikir dan berperasaan. Adakah ini bibit-bibit awal kepada sebuah kedewasaan? (HAHAHA kalau betul, sungguhla besnya)

Hmm,
Setelah bermusim-musim merelakan diri dibasahi hujan lebat, sambil menanti hujan berhenti, tapi malangnya hujan tak berhenti henti, saya kira cukuplah. Marilah kita pulang dan berteduh. Mari tersenyum seperti Tom yang comel. Melalui semuanya dengan sekadarnya, sesederhananya, apa adanya, penuh syukur dan syukur dan syukur.

Tak apa, alam akan selalu ada untuk merawat. Tengok, bulan penuh. Sungguhpun cahaya bukan miliknya, tapi dia tetap simbahkan sedikit untuk penduduk bumi. Mungkin malam ni, bulan untuk kita. Yang masing-masingnya malas membuka cerita, jadi, bulan seolah-olah dipergunakan untuk menjadi subjek utama perbualan. Ah, kalaulah boleh tiap-tiap malam bersidai tepi laut macam ni, seolah-olah hidup cuma ada dia, alam, dan Tuhan.

Saya tak tahu apa rasa orang lain saat mendengar desir pantai di tengah malam sambil berhayun di atas buaian guni, saat bulan terang di celah celah ru, ditemani kucing serta gemersik angin yang lembut. Memainkan lagu-lagu kegemaran, menutup mata. Puas baring, berjalan tepi pantai, merasa sejuk air laut waktu malam. Tiba-tiba rasa macam sangat dekat syurga, rasa lepas yang amat sangat. Alhamdulillah. Tapi, satu je, sebab saya perempuan, jadi saya wajib selalu ditemani abah kalau ke tempat-tempat macam tu. Rasa macam leceh kadang-kadang, sebab saya selalu berfikiran 'alah, tak ada apa lah, selamat je ni'. Tak macam abah dengan mak yang selalu protektif semua benda. Dan entah kenapa genetik tu tak turun padahal dominan dua dua. Kalaulah saya lelaki, mesti tiap tiap malam dah start enjin duduk tepi laut dengan Pokding, silap silap tidur sana terus. Haih.

Orang-orang macam saya, atau mana-mana yang sespesis ni, memang kakinya tak berjejak di dunia realiti langsung. Kerjanya asyik nak ke laut, ke bulan, ke hutan, ke gunung, ke sawah, ke pulau, ke seberang, ke dalam lautan, entah apa-apa lagi selagi boleh. Main cacing, main ikan, main penyu, main, semua benda jadi mainan. Fikir-fikir, dalam jangka masa panjang, saya tak rasa saya akan berminat dengan kerja kerja kedoktoran lagi. (Tiba-tiba cancel semua cita-cita nak jadi oral patologis hahaha). Alah, masa depan ni, siapa boleh jamin, tapi sekurangnya kita boleh tahu dah sekarang pasang surut hati ni menghala ke arah mana. Ke pantai ke kita, ke klinik ke kita boleh agak senget ke mana.

Kenapa tah menulis.

Benda benda tak penting macam ni, dia memang suka buat.

Cepatnya healed. Seminggu dah ok, boleh tahan hati ni hari tu punyalah frust tertonggeng tonggeng. Mungkin memang betul, perempuan pandai menjahit luka sendiri.


Kehadapan,
Masa hadapan, ikut suka awaklah nak jelma semacam apa. Hujan ke matahari ke pelangi ke panas ke mendung ke sejuk ke panas ke, saya terima je semuaaaa, malas dah nak gaduh. Bye!

Sincerely,
Bawahbumi







No comments: