banyak filem yang saya tonton
banyak buku yang saya baca
besarnya berkisar tentang cinta.
sehingga tersimpul satu benda 'oh,cinta ni memang sukar ya ?'
baru baru ni baca Dibawah Lindungan Kaabah,karya buyaHamka.saya terfikir,kenapa agaknya buya menghasilkan karya yang berkisah tentang cinta.pasti ada sesuatu tentang cinta.karya pendek dan mendalam,kita terheret kedalam watak.tapi saya masih belum mengerti pokok kepada cerita tu,kena baca untuk kali kedua mungkin.habis baca,sebagai perempuan,memang saya geram betul dengan Hamid.aish.
dan,Perempuan Berkalung Sorban.pun,cinta. dan sekali lagi tertanya tanya 'oh,cinta ni memang menakutkan ya ?'
lalu kebingungan seorang diri...mungkin perlu berdiskusi dengan orang tua sebab mereka lebih berpengalaman.ada apa dengan cinta sehingga semua orang bisa jadi gila ? dulu,saya fikir novel novel melayu ni,sengaja ada adakan cerita cinta yang sedih untuk lebih dramatik.jadi,saya abaikan saja,baca untuk santai santai.sampailah saya baca karya buyaHamka ni.sebab buyaHamka bukanlah calang calang pemikir, membuatkan saya turut sama memandang bahawa cinta itu penting dalam kehidupan.persoalan persoalan macam ni kena buat kajian lebih supaya boleh diubati.heh.kalau ada lah ubatnya.
tapi ada satu yang pasti,cinta telah menghidupkan saya sampai hari ini. :)
Allah.rasul.mak.abah.adik-adik.abang.housmate.kawan-kawan.alhamdulillah,nikmat.
betulkah cinta itu sukar ? atau kita yang suka menyusahkan ? jeng!big question mark.
tidak perlu ada ilmu untuk jatuh cinta,sebab kita akan jatuh cinta dengan sendirinya,tapi perlu cari ilmu untuk menyuburkan kembali cinta.sebab ramai orang,gagalnya dia di bab menyuburkan balik.ini yang saya percaya.
hooh.tetiba.esok prosto.pengsankan diri.bai.
wassalamm.
5 comments:
perlu juga tahu rasanya, buya menulis novel-novel cinta ini pada awal karier penulisannya, semasa umurnya 30-an.
betul, bersebab dia memutuskan untuk menulis tentang itu. masyarakat ketika itu. harganya, hingga dia dilabel 'ulama roman'.
tapi dia juga kurang senang kalau penulisannya hanya diadili dengan novel-novel awal itu.
mungkin macam novel Salina dan A Samad Said.
(dari buku Buya, Kenang-kenangan Hidup)
oh, cinta memang perkara besar kan. dulu macam pelik gak bila dengar cerita laila majnun, kasim selamat, etc. macam...takkanlah tak boleh fikir sampai jadi macam tu sekali.
rupanya...
(hah, tatau nak sambung)
selamat exam.
ooow.
selalu terjadi,akan ada harga yang perlu dibayar untuk satu satu perkara yang kita inginkan.*kagumdenganbanyaktokoh*
dalam cerita bawahlindungankaabah , macam...oh cinta boleh sampai sakit boleh sampai maut.
cerita kasim selamat...oh cinta boleh sampai butakan mata.
sangat menakutkan.jarang dengar cinta yang menggembirakan,mungkin terlalu ideal dan tak ada konflik untuk diketengahkan dalamm filem kalau macam tu.
somewhat too abstract.
saya jupa percaya ini...
"tapi perlu cari ilmu untuk menyuburkan kembali cinta.sebab ramai orang,gagalnya dia di bab menyuburkan balik"
erk...typo.. juga*
eh jangan percaya sangat,tu hipotesis profesor ainaa yang belum ada bukti sohih. :D
Post a Comment