Tuesday, April 07, 2015

INFJ, Rebel & Usrah


Jadi semalam, seorang adik yang jujur menyatakan ini kepada saya:

"Nye ada satu hipotesis, kita mungkin tak rebel masa sekolah, tapi tengoklah along dengan akak. Masing-masing rebel masa dekat universiti dengan masa nak kerja"

"Ini bukan hipotesis. Ini kenyataan!" Saya meresponnya dengan geli hati.
Saya sedikit pun tak marah, malah saya tersenyum sebab mengaku sudah lama saya perhatikan benda ni, dan sudah lama juga membuat timbal balik, mencari cari apa sebenarnya puncanya, kenapa rebel berlaku terlalu lambat?

Mungkin dalam diri kita, masing-masing memang mempunyai kecenderungannya sendiri. Malah, semakin besar, kita semakin sedar yang kita bakal menggalas beberapa tanggungjawab, mahu atau tidak, ia pasti terjadi.

Mungkin saya rebel kerana telah terlalu penat menjadi budak 'baik'. Bersekolah agama semenjak dari tadika bagi saya, teorinya memang nampak bagus, tapi hakikatnya tidak (untuk saya). Saya perasan yang saya jadi jemu bila orang menggunakan perkataan arab untuk menjadi islamis. Ana, enta, dan seumpamanya. Bercerita tentang 'tapisan' di dalam usrah seolah-olah kitalah yang terpilih, sekaligus melabel orang yang tidak dapat memenuhi tuntutan tertentu sebagai jauh dengan Tuhan. Ah, saya tidak dapat terima! Tapi saya memang bukan pemberani untuk membantah semasa kakak usrah semangat bercerita, saya hanyutkan sahaja dan senyumkan sahaja seolah olah bersetuju.

Dan, sehingga sekarang saya masih belum dapat terima usrah yang dikatakan bulatan gembira itu. Saya tidak dapat terima bukan kerana ia tidak baik, ia baik sekali dan saya galakkan jika mereka gembira di dalamnya. Tapi mungkin bukan untuk orang seperti saya yang mempunyai 'trust issue' yang terlalu sulit. Dalam diri saya terdapat satu gene code yang membuatkan saya mengambil masa yang sungguh sungguh sangat lama untuk mempercayai seseorang. Tidak, saya tidak salahkan mereka jika mereka tidak dapat memahami saya, sebab saya sendiri lebih dulu tidak mengizinkannya. Hati yang seperti gunung tinggi ini, berharap manusia sampai ke puncaknya adalah pekerjaan yang sia-sia, dan boleh jadi mereka bakal terjatuh mati semasa pendakian. Jadi, lebih elok jangan mendaki kalau tidak ada kemahuan.

Semasa tadika, tak nombor satu nombor dua. Saya masih ingat saya berlumba dengan siapa. Saya gelar dia Alakazam, bijak bahasa melayu, dan entah di mana dia sekarang, wajahnya juga saya ingat ingat lupa. Semasa sekolah rendah tiap tahun naik pentas, antara 1-5. Sekolah menengah 1-10. Saya tidak pandai sebenarnya, tapi saya suka belajar, rasanya masa tu, belajar adalah menyeronokkan. Eh? Haha, entahlah zaman sekolah rendah boleh dikatakan zaman yang paling gemilang. Ingatan juga cukup kuat masa tu. Rentetan semua kerajinan dan kesempurnaan zaman itu, di universiti saya jadi mahu rebel. Tapi kemahuan untuk rebel itu saya seimbangkan dengan ketakutan berupa 'taknak ulang tahun, tak sanggup!' Jadi, tidaklah nampak terlalu rebel, walau hakikatnya hati saya memberontak malas.

Dan, sebenarnya saya memilih untuk masuk ke asrama awal, adalah kerana rebel! Mak abah tak pernah suruh atau paksa, saya je yang suka-suka nak. Mahu ke luar negara juga sebab rebel! Haha aneh juga bila fikir fikir balik, hidayah Tuhan lah mungkin, alhamdulillah tak rebel dengan cara bukan-bukan. Cuma, sebab apa tu, saya tidak boleh bagitahu, rahsia!

Sebab itu, saya ada satu kepercayaan yang pelik. Tapi saya masih sedikit ragu-ragu tentang kebenarannya. Hmm ini:

1. Budak-budak jangan disuruh, dipaksa paksakan belajar.

Biar dia puas bermain. Bila dah puas, dia akan sedar sendiri ke mana dia mahu pergi, dan dia akan berfikir sendiri

2. Sekolah agama dari kecil adalah terlalu ideal.

Entah kenapa saya tidak setuju. Mungkin sebab saya sudah laluinya. Dan saya sudah terlalu biasa dengan persekitaran yang baik, sehingga saya susah untuk rasa teruja seperti orang lain. Bandingannya begini, orang yang berawal dengan gelap yang bertemu cahaya pastilah lebih terasa nikmatnya daripada orang yang memang selalu dalam cahaya. Hmm, padahal dia sedar cahaya itu, bukan semua orang dapat. Tapi, itu bukan alasan untuk pergi mencari kegelapan pula!

3. Jalan menuju Tuhan itu ada banyak.

Tuhan menciptakan kita terlalu kompleks. Tidak perlu melabel orang begitu begini, atau merasakan diri sudah terpilih, tapisan Tuhan atau apa sahaja. Tidak perlu juga tercengang apabila ada seseorang katakan pada anda bahawa dia tidak ada bulatan gembira yang spesifik. Boleh jadi sahaja orang itu lebih banyak menadah, lebih banyak mendengar, lebih banyak merenung. Masing-masing ada bulatannya tersendiri cuma konsepnya mungkin sedikit berbeza, kerana ahlinya ahli yang dia kenal rapat, yang dia percaya betul, dia ikhlas menunjuk jalan, bukan kerana aku dan dia sama ahli anggota parti tertentu. Bukan.


Ya, saya tahu tentang saranan Imam Hasan Al Banna. Jangan risau. Jika gembira teruskanlah berbulatan, memang berjalan sendiri sendiri di dunia ini terlalu bahaya jika tak ada yang selalu mengingatkan.

Saya cuma membentangkan sudut pandang seorang INFJ tentang rebel dan usrah. INFJ yang cuma 1% dalam populasi manusia. Tentang betapa kompleksnya INFJ sehingga selalu, dan selalu, dia harus selalu membuat pilihan yang berbeza dengan kebanyakan.

Tajuk entri sempena movie semalam Aku, Dia & Tong Gas.


6 comments:

tepianmuara said...

maintain infj la ni? haha

rebel sebab semangat ingin tahu mungkin.

macam nak tulis banyak tadi, respon apa ada kat sini, pastu tak tahu nak tulis macam mana.




bawahbumi said...

Dah dapat balik dah infj, dah terang!

Kena tulis jugaklah kan, sebab dah tulis sekerat macam tu, esei pun boleh. Haha bersedia je nak kena counterattack ni.

Anonymous said...

rajin belajar time sekolah menengah (/)

rebel time usrah kat jordan (Mungkin) Haha :P

bawahbumi said...

Haha yeke bukan enti ni kakak usrah ke masa kat Jordan. Sebenarnya sekarang ni fikir untuk cuba tak rebel, tengoklah apa jadi nanti hmm.

Unknown said...

Manusiawi. Bukan ideal.

Unknown said...

Manusiawi. Bukan ideal.